Friday 15 June 2012

Aku tidak berharap untuk menjadi orang terpenting dalam hidupmu,
Kerana aku tahu itu akan menjadi permintaan terbesar dariku...
Aku cuma berharap suatu saat nanti jika kau melihat diriku,
Kau akan tersenyum dan berkata "Dia lah orang yang selalu menyayangiku..."

Saturday 9 June 2012

Dua Jadi Satu
dulu suka
sekarang lagi suka
cuma kamu macam suka tak suka
semalam minat
hari ini tambah-tambah minat
cuma kamu memang dah ramai peminat

bimbangkan hati tergelincir sebelum waktu

lantas diri bersandar pada yang Satu
ungkapan doa pohon direstu
moga dua nadi cinta menjadi satu

yakinkan diri tiada sepi
akhirnya kamu datang membawa seri
perlahan-lahan jawapan diketemu
mama dan ayah pun kata setuju

kini nantikan saat dan waktu
kembara kita ke alam magika
magika cinta penuh makna
berlandaskan keredhaan-Nya

Friday 8 June 2012

Hm~

Apabila BERTEMAN;
Jangan mengharapkan
KEISTIMEWAANNYA,
Kerana engkau mungkin
MEMBENCI tatkala ketemu
KELEMAHANNYA..
...
Apabila BERKAWAN;
Jangan mengimpikan
KESEMPURNAANNYA,
Kerana engkau mungkin
MENCELA andai terlihat
KECACATANNYA..
...
Apabila BERSAHABAT;
Jangan bersandarkan HARTA
MILIKANNYA,
Kerana engkau mungkin
MENGHINDAR tatkala dia dihimpit
KEMISKINAN..

It's true...

Jangan BERMANJA pada yang TAK HALAL.
Jangan BERCERITA pada yang TAK AMANAH.
Jangan PAKSA pada yang TAK SETIA.
Jangan UNGKIT pada yang TAK MENGHARGAI.
Jangan BENCI pada yang TAK MENGERTI.
Jangan BERHARAP pada yang TAK SUDI.
Jangan MEMAKSA pada yang TAK CINTA.
Jangan CINTA pada yang TAK RELA.